• Breaking News

    NGO Malaysia Hulurkan Bantuan Kepada Rakyat Indonesia


    Malaysia-Masyarakat Warga Indonesia yang tinggal di Malaysia terus dibantu oleh pihak Tim Bantuan Bencana Wabak Virus Korona Malaysia. Kali ini di Ulu Temiang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Terima kasih kepada sukarelawan yang turun membantu memberikan sumbangan barangan keperluan harian kepada Warga Indonesia yang berasal dari Surabaya ini.

    Kisah rumah panjang Ulu Temiang

    Ada lebih 25 keluarga warga Indonesia dalam kawasan ini. Rumah mereka panjang ke belakang.Maklumat berkenaan rumah panjang ini dimaklumkan oleh salah seorang penduduknya (Puan Ayu) yang telah menghubungi saya melalui FB untuk mohon bantuan kerana terputus bekalan makanan.

    Ada penduduk yang telah mempunyai IC biru dan majoriti mereka mempunyai IC merah dan berasal dari Surabaya. 

    Pada 20 April yang lepas, ada bantuan telah diterima oleh 10 keluarga dan hari ini kami hantar lagi 15 pek barangan dapur serta sayur-sayuran dan lauk pauk.

    Waktu yang sama kami turut serahkan pek susu kerana ada 2 keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.

    Terima kasih saya ucapkan kepada semua penyumbang yang membantu khususnya dari NGO Kasih D'AWAN, NGO PEWADINA, Ms Cerlyn Gan Siang Ling Muru Muraly, sahabat-sahabat AWANN9.

    Ada juga sumbangan yang kami terima daripada frontlines dan saya sangat-sangat terharu apabila frontlines di HTJS yang turut sama-sama menyumbang wang ringgit.
    .
    Semoga luas rezeki kalian semua khususnya di bulan ramadhan yang mulia ini. Tugas kami hanya menyampaikan kepada insan yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Kerja kebajikan kita ini merupakan kerja tanpa sempadan.

    Selepas ini jika ada apa-apa kerja yang ingin diupah khususnya untuk baiki rumah, cat rumah, baiki bumbung... boleh maklumkan kepada saya ya. Ramai pekerja disini yang berbakat dalam pertukangan. Mereka pasti boleh bantu dan mereka seronok jika ada kerja. Sambil kita upah mereka, kita bantu mereka. Kita bagi mereka jalan untuk keluar dari kesusahan.

    Post Bottom Ad